Terdapat 2 pendapat utama dalam hukum melukis dan mengukir gambar yang bernyawa
Pendapat pertama: Mengharamkan semua jenis gambar bernyawa
Ini adalah pendapat kebanyakan ulama dahulu yang disebut dalam kitab-kitab turath. Ini adalah pendapat utama dalam mazhab Hanafi, Syafie, Hambali. Disebut di sini kenyataan setiap mazhab yang mengharamkan gambar bernyawa yang sempurna sama ada ianya dihina atau tidak.
Pendapat jumhur ulama ini disokong oleh sebahagian ulama masa kini. Di antaranya ialah Syeikh Muhammad Ali Sobuni. Beliau berkata dalam kitabnya yang masyhur (Tafsir Ayatil Ahkam):
"Gambar yang bernyawa yang dilukis dengan tangan adalah diharamkan menurut persepakatan ulama."
Hadis riwayat Saidina Umar r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda:
(إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم: أحيوا ما خلقتم.)
رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
"Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar ini akan diazab pada hari kiamat. Akan dikatakan pada mereka "Hidupkanlah apa yang engkau cipta".
Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a darapada Rasulullah s.a.w:
(من صور صورة في الدنيا كلف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة. وليس بنافخ.)
رواه البخاري مسلم
Maksudnya:
"Sesiapa yang membuat gambar di dunia maka dia akan disuruh untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut di hari kiamat. Dia tidak mampu untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut."
Hadis yang pertama dan kedua menunjukkan secara umum pengharaman membuat gambar yang bernyawa. Gambar yang tidak bernyawa diharuskan kerana dalil yang lain.
3. Hadis berikut:-
دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا مستترة بقرام فيه صورة. فتلون وجهه. ثم تناول الستر فهتكه. ثم قال: (إن من أشد الناس عذابا يوم القيامة، الذين يشبهون خلق الله).
رواه البخاري ومسلم واللفظ له
Maksudnya:
"Rasullah s.a.w masuk ke rumah bertemuku, aku sedang memasang tirai yang ada gambar. Lantas berubah mukanya. Kemudian baginda mencapai tirai tersebut serta menanggalkannya. Kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya di antara manusia yang menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat adalah orang yang menyerupai ciptaan Allah s.w.t."
Bentuk pengambilan dalil
Hadis ini menguatkan pendapat yang mengharamkan gambar kerana ianya jelas menunjukkan bahawa yang dimaksudkan صورة dan pecahannya pada hadis yang lain adalah gambar dan patung.
Pendapat kedua: Mengharuskan semua gambar
Kenyataan Ulama
Pendapat ini adalah pendapat Qosim bin Muhammad. Beliau adalah salah seorang daripada ‘Tujuh Pakar Feqh Madinah’ (فقهاء المدينة السبعة). Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki.
1) Hadis riwayat Abi Tolhah r.a:
عن أبي طلحة قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (إن الملائكة لا تدخل بيتا فيه صورة.) قال بسر: ثم اشتكى زيد فعدناه. فإذا على بابه ستر فيه صورة، فقلت لعبيد الله الخولاني ربيب ميمونة زوج النبي صلى الله عليه وسلم: ألم يخبرنا زيد عن الصور يوم الأول؟ فقال عبيد الله ألم تسمعه حين قال:(إلا رقما في ثوب.)
متفق عليه
Maksudnya:
"Abi Tolhah r.a telah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang terdapat patung dan gambar. Busr (perawi) berkata: “Kemudian Zaid mengadu sakit, lalu kami menziarahinya. Di pintu rumah Zaid terdapat gambar. Maka aku pun bertanya kepada ‘Ubaidillah al-Khaulani anak tiri Maimunah isteri Nabi: “Bukankah Zaid telah meriwayatkan kepada kita hadis tentang pengharaman patung dan gambar pada permulaan?” Maka Ubaidillah menjawab: “Adakah kamu tidak mendengar ketika baginda s.a.w berkata: “Melainkan lukisan pada baju.”
Bentuk pengambilan dalil:
Hadis ini jelas menunjukkan pengecualian lukisan daripada pengharaman.
Imam Nawawi berkata di dalam kitabnya (Syarh Shahih Muslim) ketika mengulas hadis ini:
"Hadis ini menjadi hujjah bagi mereka yang mengharuskan gambar yang dilukis di mana juga sepertimana yang telah lepas. Dan jawapan kami adalah sama seperti jawapan jumhur ulama iaitu hadis ini diarahkan kepada lukisan gambar pokok dan seumpamanya yang bukan haiwan. Dan telah kami terangkan tentang keharusannya di sisi kami."
Pendapat yang terpilih oleh ramai ulama kontemperari ialah pendapat yang mengharuskan gambar bernyawa seperti gambar ikan. Pendapat ini telah ditarjihkan oleh ramai dari ulama zaman sekarang ini. Di antaranya Syeikh Muhammad Najib Muti'ie, Syeikh Sya'rawi, Syeikh Hasanain Muhammad Mahkluf mantan Mufti Mesir dan ulama yang lain.
Kesimpulan: Ini termasuk dalam perkara khilaf dan kita harus terbuka dalam menangani perkara ini. Kita berpegang mana-mana pendapat tetapi tidak boleh memaksa orang lain mengikut kita selagi masing-masing mengikut pendapat ulama muktabar. Banyak lagi hukum-hakam yang berkait dengan patung dan gambar. Ini sebahgian kecil yang saya ambil dari buku yang telah saya susun yang bertajuk “Patung dan Gambar menurut perpsektif Islam” yang telah diterbitkan pada 2007. Alhamdulillah buku ini telah habis dijual, tidak lama ianya dipasarkan. InsyaAllah saya akan pasarkan lagi buku ini untuk cetakan yang kedua dengan pembetulan, penambahan dan cetakan yang lebih baik.
Rujukan: “Patung dan Gambar menurut perpsektif Islam” oleh salman maskuri yang telah diterbitkan pada 2007 .
P/S: tambahan dari saya, Taufik, Islam itu thabat (tetap) sepanjang zaman, tetapi fiqh itu berubah-ubah mengikut zaman menurut Saiyidina Umar al-Khattab... ^_^
wallahu a'lamu bisshowab wa bilhaqq
Hanya kamu percaya sebuah proses dan tak ingin berhenti, maka hidupmu akan berubah menjadi lebih baik, asal kamu yakin untuk memulai
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
BEFORE COVID-19 MEWABAH DUNIA
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hai,,, Salam Sehat Sejahtera selalu... semenjak pandemi melanda dunia, termas...

-
Nama : Mohamad Alwi Kelas : 1 Q malam Ruang : 617 B. study : Logika Informatika 1.PERNYATAAN (PROPOSISI) Kata merupakan rangkaian huruf yan...
-
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... Hai,,, Salam Sehat Sejahtera selalu... semenjak pandemi melanda dunia, termas...
-
أ ب ت ج ح دذر زس ش ص ض ط ع غ ف ق ك ل م ن و ه ي لآةلأ إءچا
Tidak ada komentar:
Posting Komentar