tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari
diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali
penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya
hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber
yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran
kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga
dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal.
Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam
(SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel
Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik
dari menutup aurat.
Ada juga yang beranggapan menutup aurat
adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan
penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap
bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan
membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di
Turki
‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah
orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka
dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk,
sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang
dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun
mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam
kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh
sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada
pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di
dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah
semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”
Demikianlah di
antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang
ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh
pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita
Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan
cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka.
Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum
menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul
agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.
Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
(i) Batasan aurat wanita
Aurat
wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak
tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi
(bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai
hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang
wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa",
maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh)
yang di situ dikenakan perhiasan.
Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa”
tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan.
Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar
dan juga Aisyah
Ibnu Jarir Ath-Thabari
(wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir
Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”,
katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang
mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah
dan dua telapak tangan.
Pendapat yang sama dinyatakan Imam
Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII
hal. 229
darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh
inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan
baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam
ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa
Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an
Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh
wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda
Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,
“Wahai Asma’
sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak
boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya
menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am
adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya
di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam
kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu
(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).
Dengan
dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan
umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus,
taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai
jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,
“Wahai
Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.”
Oleh
sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu
adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang
dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita
hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila
disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada
perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun
dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap
orang.
Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri
kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa
zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab
untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya
Dr. Ibrahim Anis
sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang
menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian
luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).
Berdasarkan
pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah
mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah
ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab)
adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar
hanya coli dan seluar dalam> lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi
kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan
memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang
serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan
lubang leher baju di dada.
Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka”
Pakaian
jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah
(yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau
berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini
(jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari
rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka
dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang
menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan
tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah
baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan
layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.
(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang
dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang
wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota
keluarganya yang lain.
Adapun cara seorang Muslimah menutupi
auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di
rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan
bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa
menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,
“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”)
atau sabda Nabi,
“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”)
.
Jadi,
pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak
tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia
adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di
bawah).
Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian
yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap
sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk,
jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam
berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi
pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak
diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat.
Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga
nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna
merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan
penutup aurat dan haram hukum memakainya.
(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab
Tsaub
ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di
hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan
khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil
mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman
Allah,
“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti
(dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak
bertujuan mendedahkan perhiasan mereka”
Ayat
ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan
berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna,
jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus
haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru,
tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh
Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di
dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi.
Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab
As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179>.
Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,
“Dan
perempuan-perempuan tua yang telah terhenti
yang tiada ingin kawin
pakaian mereka dengan tidak
(tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Mafhum muwafaqah
(yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah
putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi
perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan
berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah
“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”
Abul A’la al Maududi berkata:
“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);
(ii)
wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada
lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan
kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang,
longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi,
tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya
yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan
haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi
kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang
dipakainya, maka dia dikira berzina”
Khatimah
Sesungguhnya
aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang
difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting
ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul
khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut
syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama
ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari
dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata,
bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh
Ali Thantawi:
"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang
yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja.
Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan
untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang
yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah
berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya
disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh
apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya
dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk
mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala
dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan
memperoleh apa-apa".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar